Perkahwinan Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle

Gereja St George, Windsor

Berikutan pengumuman pertunangan, ia kemudian diumumkan bahawa perkahwinan akan mengambil tempat pada bulan Mei 2018 di Gereja St George, Windsor.[23] Tempat itu sebelum ini menjadi tapak untuk majlis perkahwinan ayahanda saudara Putera Harry, Earl Wessex, dan sepupunya, Peter Phillips, serta berkat untuk perkahwinan Putera Wales dan Camilla, paduka bonda tiri Harry.

Pakar menjangkakan perkahwinan itu akan menelan kos kira-kira setengah juta paun;[24] kerabat diraja telah mengumumkan bahawa mereka akan membayar untuk perkahwinan.[25]

Kerajaan British telah menyatakan hari perkahwinan itu tidak dirancang untuk menjadi cuti bank, seperti yang dilakukan untuk perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton.[26]

Istana Kensington kemudiannya mengumumkan bahawa perkahwinan itu akan diadakan pada hari Sabtu 19 Mei 2018, tarikh yang sama dengan Pentas Akhir Piala FA, yang mana paduka kakanda Putera Harry akan berangkat hadir dalam peranannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak.[27]

Selepas perkahwinan, mereka akan tinggal bersama di Nottingham Cottage di London, di bawah Istana Kensington.[28]

Rujukan

WikiPedia: Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle http://www.cbc.ca/news/world/prince-harry-meghan-m... http://www.bbc.com/news/uk-42138938 http://www.bbc.com/news/uk-42156565 http://www.bbc.com/news/uk-42369780 http://money.cnn.com/2017/11/27/news/economy/royal... http://www.elleuk.com/life-and-culture/news/a26855... http://abcnews.go.com/Entertainment/wireStory/brit... http://www.newsweek.com/prince-harry-and-meghan-ma... http://www.newsweek.com/why-meghan-markle-baptized... http://www.bbc.co.uk/news/topics/cpwpy79d6dxt/wedd...